Notis Privasi

06 January 2023

EN | BM

Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana Enterprise Managed Services Sdn Bhd (“EMSSB”) (sebelum ini dikenali sebagai MyKRIS Asia Sdn Bhd) (selepas ini dirujuk sebagai “EMSSB”, atau “kami”), sebuah syarikat dalam Kumpulan Maxis*, memproses data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Sila baca Notis Privasi ini untuk memahami bagaimana kami memproses data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan peruntukan Notis Privasi ini dan anda memberi persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam Notis Privasi ini.

*Kumpulan Maxis merujuk kepada Maxis Berhad dan semua syarikat subsidiarinya.

1. Komitmen Kami Terhadap Anda Kami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang termaklum dan berasa yakin tentang pembekalan Data Peribadi anda kepada kami termasuk apabila menggunakan mana-mana laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami, kami menyediakan Notis Privasi ini untuk anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan yang anda ada mengenai bagaimana data peribadi anda sedang atau akan diproses oleh kami.

2. Mentakrifkan Data Peribadi Data peribadi ditakrifkan dalam APDP dan secara umumnya merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang daripadanya anda boleh dikenal pasti, dan termasuk data peribadi sensitif serta pernyataan pendapat tentang anda. Bagi mengelakkan keraguan, sila ambil maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai jika anda orang sebenar yang merupakan pelanggan EMSSB, termasuk orang sebenar yang berdagang sebagai pedagang perseorangan atau orang sebenar yang membentuk sebuah perkongsian atau, jika bukan lagi seorang pelanggan EMSSB, sekiranya terdapat kewajipan yang belum selesai sama ada pada pihak anda atau pada pihak EMSSB.

3. Jenis Data Peribadi Yang Kami KumpulBagi membolehkan kami memberi anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk beroperasi secara cekap dan berkesan, kami perlu mengumpul data peribadi daripada anda. Data peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk yang berikut:-

3.1 nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan identiti (termasuk nombor kad pengenalan atau nombor pasport), alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat e-mel
3.2 butiran akaun bank dan sejarah pembayaran anda
3.3 rakaman imej anda melalui kamera CCTV apabila anda mengunjungi cawangan-cawangan kami
3.4 rakaman panggilan telefon yang anda buat kepada meja bantuan kami untuk tujuan peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami
3.5 Maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk sebab/tujuan tertentu

4. Bila Dan Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi AndaKami mungkin mengumpul data peribadi anda apabila anda:-

4.1 berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menyerahkan borang permohonan untuk menjadi pelanggan kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan termasuk dengan membuat panggilan kepada perkhidmatan pelanggan kami)
4.2 mendaftar atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan tertentu dan/atau penerbitan kami (contohnya, surat berita)
4.3 menggunakan rangkaian kami dan produk dan/atau perkhidmatan kami
4.4 mengambil bahagian dalam mana-mana tinjauan kami, memberikan maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman web kami atau secara salinan bercetak), atau membuat aduan kepada kami,
4.5 mendaftarkan minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian kami atau mana-mana saluran lain yang ada), atau melanggan, produk dan/atau perkhidmatan kami
4.6 membalas apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar
4.7 (sekiranya bukan lagi seorang pelanggan EMSSB) apabila terdapat kewajipan yang belum selesai sama ada pada pihak anda atau pada pihak EMSSB.

Selain daripada data peribadi yang diperolehi daripada anda (seperti yang diperincikan di atas), kami mungkin juga memperoleh data peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (contohnya, agensi pelaporan/rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk pendedahan data peribadi berkaitan dengan anda, dan/atau jika dibenarkan oleh undang-undang.

5. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda Kami mungkin memproses data peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dikenal pasti dalam Notis Privasi ini, untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:-

 5.1 untuk mengesahkan identiti anda
5.2 untuk membolehkan anda untuk dibekalkan dengan produk dan/atau perkhidmatan serta kemudahan dan/atau manfaat yang ditawarkan oleh kami dan/atau perbadanan berkaitan kami
5.3 untuk memudahkan, menilai dan/atau memproses permohonan/permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan kami
5.4 untuk membekalkan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda minta
5.5 untuk mengendali dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan yang kami  sediakan untuk anda (termasuk pengenaan bayaran, pengebilan, memudahkan pembayaran dan mengutip hutang)
5.6 untuk menyiasat dan menyelesaikan, dengan pasukan perhubungan pelanggan kami, apa-apa isu perkhidmatan, pertanyaan mengenai bil, aduan atau pertanyaan lain yang anda hantar kepada kami berkenaan dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami
5.7 untuk menilai dan/atau mengesahkan kelayakan kredit
5.8 untuk mengesan dan/atau mencegah aktiviti penipuan
5.9 untuk menguruskan rangkaian kami
5.10 untuk sentiasa berhubung dengan anda dan memberi anda apa-apa maklumat yang anda telah minta
5.11 untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan dan diberikan kepada anda
5.12 untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda
5.13 untuk memproses apa-apa komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab apa-apa pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas)
5.14 untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, pasukan perhubungan pelanggan dan pembekal perkhidmatan kami, dan Laman-Laman Web EMSSB, dan untuk menjadikannya lebih cekap
5.15 untuk menyenggara dan/atau memperkembangkan sistem dan infrastruktur perniagaan kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut
5.16 untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti
5.17 untuk memaklumkan kepada anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami
5.18 untuk menentukan bagaimana kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda
5.19 untuk menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung dan/atau untuk mengenal pasti dengan lebih baik produk dan/atau perkhidmatan daripada kami dan/atau perbadanan berkaitan kami, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami yang mungkin menarik minat anda
5.20 untuk menghasilkan data, laporan dan statistik
5.21 untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap, atau yang melibatkan, EMSSB
5.22 untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tuntutan, keselamatan atau tujuan undang-undang yang lain
5.23 untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia
5.24 untuk apa-apa tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan laman web kami atau dalam Terma & Syarat Am atau Terma & Syarat Khusus Perkhidmatan atau dalam Ringkasan Terma & Syarat atau dalam Dasar Penggunaan Adil EMSSB atau dalam mana-mana terma dan syarat yang dirujuk dalam mana-mana dokumen yang disebutkan sebelum ini
5.25 untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan

6. Pendedahan Data Peribadi Anda Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:-

6.1 agensi penguatkuasaan undang-undang, untuk tujuan mencegah dan/atau mengesan jenayah, atau untuk tujuan siasatan dan/atau penangkapan atau pendakwaan pesalah dan/atau perlindungan keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau menurut mana-mana perintah atau penghakiman suatu mahkamah;   
6.2 agensi dan badan kerajaan, untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami;
6.3 syarikat, organisasi, dan/atau pembekal perkhidmatan yang lain, untuk memproses data peribadi bagi pihak kami;
6.4 syarikat, organisasi, dan/atau pembekal perkhidmatan yang lain, untuk: (i) menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami yang berupa sampingan dan/atau diperlukan untuk tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami untuk anda atau (ii) membantu kami menyediakan perkhidmatan untuk anda, seperti khidmat pelanggan, pemasaran, perkhidmatan infrastruktur dan teknologi maklumat, memperibadikan perkhidmatan kami dan menjadikannya lebih baik; atau (iii) memproses transaksi pembayaran; atau (iv) menjalankan pemeriksaan penipuan dan kredit, dan mengutip hutang serta melindungi hak-hak kami, mempertahankan kami dan harta benda kami; atau (v) menganalisis dan menambah baik maklumat yang kami pegang (termasuk mengenai interaksi anda dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami dan/atau perbadanan berkaitan kami, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami); atau (vi) menjalankan kaji selidik; atau (vii) melaksanakan mana-mana daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

7. Pemasaran Langsung Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk membekalkan kepada anda, atau membolehkan perbadanan berkaitan kami untuk membekalkan kepada anda, maklumat, promosi dan keterangan terkini termasuk bahan pengiklanan dan pemasaran (“bahan pemasaran”) tentang produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan kami, serta produk dan/atau perkhidmatan peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik terpilih perbadanan berkaitan kami. Tertakluk kepada persetujuan khusus anda, kami mungkin juga memudahkan peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik terpilih perbadanan berkaitan kami, untuk membekalkan kepada anda bahan pemasaran mengenai produk dan/atau perkhidmatan mereka, yang mungkin menarik minat anda atau memanfaatkan anda. Maklumat, promosi dan keterangan terkini yang disebutkan di atas, termasuk bahan pengiklanan dan pemasaran mungkin dihantar kepada anda melalui salah satu atau lebih daripada contoh berikut: panggilan telefon, pesanan teks, sepanduk dalam talian, e-mel atau melalui sistem pesanan berasaskan internet, sosial atau aplikasi atau apa-apa kaedah komunikasi yang lain. Jika anda tidak mahu data peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran langsung, atau jika anda mengubah fikiran pada bila-bila masa berhubungan dengan pilihan anda sebelum ini, sila hubungi Wakil Pelanggan kami melalui https://www.mykris.net/contact-us/ atau Meja Bantuan Teknikal di talian 603-7890 3833. Arahan bertulis dan/atau lisan anda kepada kami yang terkini akan diguna pakai.

8. Bagaimana Jika Anda Tidak Memberikan Data Peribadi Anda Kepada Kami?

Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang pendaftaran/permohonan), anda mempunyai kewajipan untuk memberi data peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami. Jika anda enggan memberikan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda, atau memberi anda dan/atau berterusan memberi anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami.

9. Hak Anda Untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Jika anda mahu mengakses data peribadi anda dalam pegangan kami, atau jika anda berpendapat  bahawa data peribadi tersebut yang dipegang oleh kami  tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkenaan, tidak terkini, dan anda mahu membetulkan data peribadi tersebut, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi Wakil Pelanggan kami melalui https://www.mykris.net/contact-us/  atau Meja Bantuan Teknikal di talian 603-7890 3833. Berhubungan dengan permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data, anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun anda serta memberikan butiran ringkas mengenai maklumat yang anda ingin meminta sesalinan, atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang anda ingin pembetulan dibuat, bagi mana-mana permintaan tersebut. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin menolak permintaan mengakses data anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau jika maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang daripada anda untuk mengakses maklumat yang sama, yang mana beban atau perbelanjaan untuk memberikan akses tidak setimpal dengan risiko terhadap privasi anda. Kami mungkin juga menolak permintaan pembetulan data anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila anda tidak membekalkan maklumat yang dikehendaki dengan munasabah oleh kami untuk menentukan bagaimana data peribadi yang berhubungan dengan permintaan pembetulan data itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Namun demikian, kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat memenuhi permintaan mengakses data dan/atau pembetulan data anda. Kami berhak untuk mengenakan fi (yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai) untuk apa-apa permintaan mengakses data.

10. Melaksanakan Pilihan Sehubungan Data Peribadi Anda

Tertakluk sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda boleh melaksanakan pilihan anda untuk mengehadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda, termasuk data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi Wakil Pelanggan kami melalui https://www.mykris.net/contact-us/ atau Meja Bantuan Teknikal di talian 603-7890 3833.

11. Kewajipan Anda Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mana-mana individu lain yang data peribadinya anda berikan kepada kami dan untuk mengemaskinikan data peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan menghubungi Wakil Pelanggan kami melalui https://www.mykris.net/contact-us/ atau Meja Bantuan Teknikal di talian 603-7890 3833. Kewajipan ini merupakan syarat bagi pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitanperbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami kepada anda dan/atau mana-mana individu lain yang diberi kuasa atau dibenarkan oleh anda atau organisasi/syarikat anda untuk menggunakan produk dan/atau perkhidmatan tersebut. Jika anda perlu memberi kami data peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau jika anda merupakan orang yang dilantik (daripada sebuah syarikat atau organisasi) untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang memperoleh dan bertanggungjawab untuk produk dan/atau perkhidmatan yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan persetujuan mereka atau berhak memberikan data peribadi mereka kepada kami untuk kami memprosesnya dengan sewajarnya, dan (ii) memaklumkan kepada mereka untuk membaca Notis Privasi ini di laman web kami di https://www.mykris.net/contact-us

12. Pemindahan Data Peribadi Anda Ke Luar Malaysia Kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia termasuk jika pemindahan tersebut dibuat kepada kemudahan kami yang terletak di luar Malaysia atau jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan niaga strategik kami yang terlibat dalam pembekalan sebahagian daripada produk dan/atau perkhidmatan EMSSB atau Kumpulan Maxis atau perkhidmatan penyimpanan data atau pemprosesan data yang disumber dari luar untuk dan bagi pihak kami berlokasi di luar Malaysia atau mempunyai pelayan dan/atau perkakasan yang berkaitan di luar Malaysia, atau jika anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan dari negara selain daripada Malaysia (contohnya, perayauan antarabangsa).  Anda memberi persetujuan untuk kami memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami mungkin juga memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia sekiranya dibenarkan oleh undang-undang.

13. Pengemaskinian Notis Privasi Kami Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari masa ke masa dan versi yang dikemas kini akan diguna pakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi terdahulu, termasuk, versi dalam risalah atau salinan bercetak. Anda digalakkan untuk menyemak laman web kami dan mengunjungi semula Notis Privasi ini secara berkala untuk mendapatkan Notis Privasi kami yang terkini (berdasarkan tarikh kemas kini yang tertera di bahagian paling atas Notis Privasi ini).

14. Butir-butir Menghubungi Kami Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan  (termasuk untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi), kebimbangan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Wakil Pelanggan kami melalui https://www.mykris.net/contact-us/ atau Meja Bantuan Teknikal di talian 603-7890 3833.

 

Jawatan:

Pegawai Data Privasi

E-mel:

MNS_PRIVACY@maxis365.onmicrosoft.com

Telefon:

603-7890 3833

Alamat:

MyKRIS Avenue,

C-1-G, The Link 2, Jalan Jalil Perkasa 1,

Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur

 

Visit Us

MyKRIS Asia Sdn Bhd
MyKRIS Avenue
C-1-G, The Link 2
Jalan Jalil Perkasa 1
Bukit Jalil
57000, Kuala Lumpur